"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syabas termalu diarah bayar RM50,000 kepada Tony Pua

Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya dan didapati bebas daripada tuduhan memfitnah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd Bhd (Syabas).
Berikutan keputusan rayuan itu, Mahkamah Rayuan juga mengarahkan Syabas membayar kos RM50,000 dan memulangkan semula wang saman fitnah RM200,000 yang dibayar sebelum ini oleh Pua.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini sebulat suara membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jun lalu mendapati Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan, bertanggungjawab terhadap satu fitnah dan memerintahnya membayar RM200,000 kepada Syabas.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Pua, memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggotai tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zaharah Ibrahim dan dua lagi hakim iaitu Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Gobind dalam hujahnya berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila mendapati Pua gagal menjustifikasikan kenyataan yang dibuat terhadap Syabas.

Gobind juga berhujah mengatakan bahawa Syabas, sebagai sebuah entiti yang menyediakan perkhidmatan awam – tidak boleh menyaman sesiapa kerana fitnah.

Tiada ulasan: