"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat video tular berkumpul makan durian di PPV

FMT Reporters

Mohd Padzli Mohd Zain berkata, polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada video berkenaan babitkan petugas di PPV berkenaan ataupun bukan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis menyiasat dakwaan bahawa sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Johor Bahru, yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang tadi.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat itu.

Tiada ulasan: