"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YB tu masih bersalah di mahkamah rakyat

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Maaf, hari ni saya belum ada mood lagi nak ulas kes YB ni. Esok kot insyaAllah , jika ada mood.

Cuma nak kata reaksi rakyat, secara umumnya, jika dilihat dalam alam cyber, majoritinya depa amat geram, marah dan meluat giler dengan pemimpin atau YB yang dibebaskan oleh mahkamah rayuan tu.

Makna mudah, YB itu kelihatannya masih dianggap BERSALAH di “MAHKAMAH RAKYAT!”

To be fair kat Mahkamah Rayuan, ada seorang hakim Mahkamah Rayuan yang tak setuju ( dissented ) dengan keputusan majoriti – maknanya hakim seorang itu BERSETUJU dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang mensabitkan YB sorang ini BERSALAH.

Secara kebetulan, saya pernah “bertarung” dalam mahkamah dengan hakim seorang itu dalam satu kes saman fitnah yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan mantan MB Terengganu ( yang beliau wakili) ke atas Dr Syed Azman dan media rasmi parti ehem ( yang saya wakili ).

Saya telah buat bantahan awal ( tok loya kata PO – preliminary objection) iaitu sebuah gomen, saya hujah, tak boleh memfailkan kes saman fitnah kerana “gomen itu wajib tertakluk kepada ” a close public scrutiny” dan juga kritikan-sekeras mana pun – berdasarkan keputusan mahkamah di UK dalam sebuah kes di sana iaitu kes yang biasa atau lebih popular dikenali sebagai kes “Derbyshire”.

Alhamdulillah, Mahkamah setuju dengan hujah kami dan kes itu memihak kepada kami.

Masa itu saya masih lagi jadi peguam parti ehem walau depa tuduh saya dan kawan-kawan jebon, munafik haraki, peguam neraka dan lain-lain.

Tapi itu dulu-dululah.

P/S: Ada yang WA saya heran dan pelik kenapa ada individu yang subahat dengan YB tu kena pula hukum denda RM 5 juta. Sabaq and cool ya.

Tiada ulasan: