"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Boleh saman kerajaan jika dijangkiti Covid-19 di PPV, kata peguam

Minderjeet Kaur

Orang ramai menunggu giliran untuk divaksin di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam di mana 204 orang petugas di pusat pemberian vaksin itu dilaporkan dijangkiti Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Orang ramai yang dijangkiti Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana kecuaian, kata beberapa orang peguam.

Mereka menjelaskan perkara itu kepada FMT memandangkan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi setiap penerima vaksin.

Seorang peguam M Manoharan berkata, orang ramai yang hadir ke PPV meletakkan harapan tinggi untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan virus.

“Mereka sepatutnya dilindungi tetapi itu tidak mungkin berlaku.”

Beliau mempersoalkan sekiranya anggota penguat kuasa yang ditempatkan di PPV itu melakukan pemantauan secukupnya bagi memastikan semua petugas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Adakah mereka melakukan penjarakan fizikal? Adakah semua petugas dan sukarelawan jalani ujian saringan? Adakah mereka menerima vaksin lengkap? Apakah proses saringan untuk semua petugas barisan hadapan, petugas lain dan sukarelawan?”

Manoharan berkata demikian mengulas laporan pada 13 Julai lalu apabila seramai 204 petugas di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam dilaporkan dijangkiti virus berkenaan.

Selain itu terdapat tujuh lagi petugas di PPV Setia City Convention Centre turut disahkan positif pada 11 Julai lalu.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, pihaknya kemudian meminta semua kontak rapat menjalani ujian dengan segera dan melakukan pengasingan kendiri sementara menunggu keputusan.

Manoharan berkata, warga emas dan golongan berpenyakit perlu dilindungi kerana mereka terdiri daripada kategori berisiko tinggi.

Katanya dia yang menemani ibu bapanya untuk mendapatkan suntikan vaksin di IDCC pada 1 Julai lalu turut terkejut melihat keadaan di situ yang sesak dengan orang ramai.

Seorang lagi peguam, Rafique Rashid berkata, kerajaan mempunyai “tanggungjawab menjaga” boleh dipertanggungjawabkan atas perkara itu dan laporan polis terhadapnya juga boleh dibuat.

Sementara itu, seorang lagi peguam G Manivannan berkata, kerajaan perlu memastikan semua langkah sudah diambil untuk memastikan virus tidak tersebar di PPV.

“Kerajaan meminta semua rakyat mendapatkan suntikan vaksin tetapi ia haruslah mempertimbangkan semua perkara terlebih dahulu dan langkah awal sudah diambil untuk memastikan virus tidak tersebar di PPV.”

Tiada ulasan: