"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ingkar SOP: Ratusan warga asing solat Aidiladha di luar surau

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zai memohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kegagalan mengesan ratusan warga asing melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau di Taman Pelangi, Juru.

Beliau menganggarkan kira-kira 200 warga asing menunaikan solat di luar surau dalam satu rakaman video yang tular.

“Dalam konteks hari ini, saya selaku Ketua Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan kami mengesan perkara ini lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan meminta semua pengerusi surau dan masjid, sekiranya ada lagi yang enggan mematuhi SOP, terutamanya dalam tiga hari ini, iaitu hari tasyrik, sila hubungi polis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tiada ulasan: