"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Koperal ditemui mati di dapur rumah

WAT KAMAL ABAS

LARUT – Seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40-an ditemui tidak sedarkan diri di dapur rumahnya di Selama di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, kejadian itu didapati berlaku pada sekitar pukul 7.40 pagi.

“Menurut isteri mangsa, dia hanya menyedari kejadian itu selepas pulang dari menghantar anak mereka ke sekolah.

“Sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati suaminya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang dapur dan terus menghubungi penyelia suaminya memberitahu keadaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Sarudin, pihak polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

“Mangsa meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak berusia antara 7 hingga 14 tahun dan kesemuanya masih bersekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: