"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rempuh MPV polis gara-gara takut ditangkap khalwat

Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Kenderaan dinaiki pasangan kekasih yang merempuh MPV Polis.- Foto IPD Alor Gajah
Kenderaan dinaiki pasangan kekasih yang merempuh MPV Polis.- Foto IPD Alor Gajah
ALOR GAJAH: Gara-gara takut ditangkap khalwat, pasangan kekasih nekad melarikan diri dengan merempuh kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Daerah Alor Gajah di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku 9.45 malam ketika dua anggota membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu berhenti untuk memeriksa pacuan empat roda Ford Ranger dinaiki pasangan terbabit.

Beliau berkata, anggota terbabit memberhentikan kereta peronda di belakang pacuan empat roda terbabit yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi serta gelap.

"Anggota peronda memberhentikan kenderaan di belakang Ford Ranger itu dengan menyalakan lampu becon light, namun pemandunya cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan pasukan polis.

"Suspek lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun, berjaya ditahan bersama seorang wanita berusia 25 tahun di dalam kenderaan itu," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, pasangan berkenaan didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

"Kejadian itu menyebabkan MPV Polis mengalami kerosakan pintu hadapan sebelah kiri penumpang, pecah cermin tingkap dan pintu tidak boleh dibuka lagi.

"Kedua-duanya ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.

Tiada ulasan: