"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemain badminton maut kerana serangan jantung dalam gelanggang

FMT Reporters
ZHIJIE dikejarkan ke dua hospital sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia
ZHIJIE dikejarkan ke dua hospital sebelum disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia
PETALING JAYA: Pemain badminton remaja China Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.

Pemain berusia 17 tahun itu rebah di gelanggang ketika bermain melawan pemain Jepun, Kazuma Kawano, dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC).

Dia diberikan bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan.

“Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung,” kata jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) Broto Happy pada sidang media di Yogyakarta, lapor Sinar Harian.

Pada Ahad, berita kematian Zhi Jie dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).

Persatuan Badminton China (CBA) dilaporkan menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan pemain remaja berbakat itu.

“Zhi Jie sangat meminati badminton dan ialah pemain terbaik dalam skuad remaja kebangsaan (China),” katanya.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut mengucapkan takziah atas pemergian Zhi Jie.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sepasukannya, CBA dan seluruh komuniti badminton China.”

Tiada ulasan: