"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my
Mayat lelaki warga emas ditemukan dengan sedikit kesan kecederaan di leher dalam kejadian di sebuah premis bangunan persendirian di Medan Bercham, Bercham, di sini, hari ini. NSTP/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Mayat lelaki warga emas ditemukan dengan sedikit kesan kecederaan di leher dalam kejadian di sebuah premis bangunan persendirian di Medan Bercham, Bercham, di sini, hari ini. NSTP/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
IPOH: Mayat lelaki warga emas ditemukan dengan sedikit kesan kecederaan di leher dalam kejadian di sebuah premis bangunan persendirian di Medan Bercham, Bercham, di sini, hari ini.

Mayat Yep Nam Meng, 81, yang juga pekerja pembersihan di premis bangunan itu juga ditemukan berdekatan pintu koridor yang berada di tingkat bawah tanah premis bangunan lapan tingkat itu, dengan kesan darah pada bahagian lehernya.

Difahamkan, warga emas itu yang juga bapa kepada dua anak, bekerja dan mendiami dalam kawasan bangunan berkenaan sejak 11 tahun lalu, dengan dia ditemui dalam keadaan mengiring ke kiri serta kesan calar ditemui pada bahagian leher sebelah kiri.

Difahamkan juga, kelibat mangsa sempat dirakam dan terpapar pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan itu ketika mangsa berada berdekatan premis dobi di bangunan itu pagi tadi.

Pekerja lain di bangunan itu ketika ditemui berkata, kehilangan mangsa disedari apabila mangsa tidak menjawab panggilan telefon sekitar waktu rehat kira-kira jam 2 petang tadi sebelum usaha mencari dilakukan sekitar kawasan itu yang berakhir dengan penemuan mayat mangsa.

Kata pekerja itu, mangsa dijumpai pengawal keselematan di situ, bukan berdekatan bilik didiaminya dalam bangunan itu sebaliknya di kawasan koridor tingkat bawah bangunan sebelum menghubungi ambulans untuk bantuan.

Mangsa disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu dan berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat berkenaan.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Tiada ulasan: