"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu terpaksa tahan sakit selama 5 jam, treler terbalik melekat pada flyover

FARAHWAHIDA AHMAD
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan pemandu treler yang tersepit dalam kemalangan di Jambatan Kedua Parit Bunga, Jalan Tangkak-Muar, Tangkak semalam.
TANGKAK – Seorang pemandu treler terpaksa menahan kesakitan kira-kira lima jam apabila kenderaan berat dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Kedua Parit Bunga, Jalan Tangkak – Muar pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.25 pagi itu, mangsa, Ismail Mahdom, 44, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan pada anggota badan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz, seramai 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler yang membawa kontena dengan muatan chipbord panjang lebih kurang 40 inci.

“Mangsa telah tersepit dibahagian ruang pemandu. Ruang kerja agak sempit mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan bagi kerja-kerja menyelamat kerana kedudukan treller yang terbabas melekat ke dinding flyover jambatan berkenaan.

“Pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat kren untuk menjarakkan kedudukan treler dari dinding jambatan berkenaan bagi ruang kerja-kerja penyelamatan oleh anggota bomba dapat dilakukan dengan penggunaan peralatan khas,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Rafiah, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima jam telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas serta menggunakan perkhidmatan Tadano bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan selanjutnya.

“Punca kejadian masih dalam siasatan polis dan operasi ditamatkan pada pukul 3.39 petang,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: