"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAIPk tahan 2 pelajar kolej bersekedudukan

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my

IPOH: Dua pelajar kolej swasta di sini ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana disyaki tinggal bersekedudukan dalam sebuah rumah di Meru Raya, di sini.

Difahamkan, rumah jenis apartmen berkenaan disewa pelajar lelaki dan dia tinggal bersama seorang wanita yang bukan mahram di rumah itu.

Susulan penahanan dua individu beragama Islam itu, kedua-dua pelajar berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat JAIPk untuk disoal siasat.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua pelajar itu.

"Benar. Kedua-dua (mereka adalah) pelajar kolej," katanya ringkas.

Tiada ulasan: