"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar SBP di Kuala Kangsar ditemui maut

Syafiq Akhir
am@hmetro.com.my
POLIS melakukan siasatan di sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar susulan kematian seorang pelajar. FOTO Syafiq Akhir.
POLIS melakukan siasatan di sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar susulan kematian seorang pelajar. FOTO Syafiq Akhir.
Kuala Kangsar: Seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah ini ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan, hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati terdapat beberapa kenderaan polis berada di pekarangan sekolah dipercayai bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Namun setakat ini tiada pengesahan lanjut dan kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Difahamkan, jenazah mangsa sudah dibawa ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat.

-----

JPN Perak sahkan pelajar tingkatan tiga maut
Syafiq Akhir
am@hmetro.com.my

Ipoh: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Kuala Kangsar meninggal dunia hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan, jabatan itu berkata, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan kes dan sudah mengarahkan pihak sekolah untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JPN Perak juga menzahirkan dukacita atas pemergian pelajar berkenaan dan bersedia menghulurkan bantuan serta sokongan diperlukan pihak berkaitan.

"JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

"Kami memohon semua pihak agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan," menurut jabatan itu.

Pada masa sama, JPN Perak akan turut memastikan komunikasi bersama keluarga pelajar terbabit dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan di samping menyalurkan bantuan serta sokongan bersesuaian.

Terdahulu media melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia hari ini.

Namun belum ada kenyataan rasmi dan pengesahan lanjut dikeluarkan pihak berkuasa setakat ini.

Tiada ulasan: