"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ditemui tak bermaya, kanak-kanak dibawa ke balai

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata polis membawa kanak-kanak lelaki terbabit ke balai polis selepas menerima aduan, pada Jumaat.

Katanya, pengadu memaklumkan menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

“Terdapat kesan dipukul pada tubuh mangsa dan juga kesan pukul lama,” kata Rahmat, menurut Berita Harian.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah.

Susulan laporan oleh pengadu, lelaki berusia 37 tahun dan teman wanitanya yang berusia 39 tahun ditahan, dan direman sejak Jumaat lepas hingga esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Tiada ulasan: