"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

USD681 juta dalam akaun Najib ‘hasil aktiviti haram’, mahkamah diberitahu

Ho Kit Yen

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak bahawa dia mengklasifikasikan sejumlah USD681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu pada 2013 sebagai “hasil daripada aktiviti haram”.

Foo Wei Min daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata, berdasarkan siasatan, wang berasal daripada bon USD3 bilion yang diperoleh 1MDB, masuk ke akaun AmBank Najib antara 22 Mac dan 10 April 2013.

Foo berkata sebelum kiriman wang, akaun Najib mempunyai baki tertunggak sebanyak RM879.8 juta, yang menurut saksi itu ia daripada “sumber yang sah”.

Saksi memberitahu mahkamah bahawa dia menggunakan kaedah “masuk dahulu, keluar dahulu” untuk membezakan dana daripada “aktiviti haram” daripada yang diperoleh menerusi “sumber yang sah”.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membayangkan bahawa pihak pendakwaan juga berhasrat memanggil seorang lagi pegawai penyiasat, Nur Aida Arifin, untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan pembelaan belum melengkapkan pemeriksaan balas terhadap bekas gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan penganalisisnya Adam Ariff Roslan.

Katanya, Aida hanya akan memberi keterangan selepas Adam dan Zeti selesai memberi keterangan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 24 Okt.

Tiada ulasan: