"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua rangka manusia dengan cebisan bendera Perak atas bumbung

BERNAMA

Ipoh: Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu jam 10.20 pagi.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan selotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata turut ditemukan di lokasi tersebut ialah cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Katanya rangka itu dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan: