"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa tidak dihapus segala cukai di empat negeri Pas?

HarapanDaily.com
Kenapa tidak dihapus segala cukai di empat negeri Pas?
AHMAD MURSI

Macam Pak Mertua dia juga (Haji Hadi). Mudah sungguh label GST dan SST “bercanggah dengan Islam”. Alasan hukum “jadi kos dan pembeli miskin kena bayar”.

Saya dah komen di wall Facebooknya. Tapi banyak juga komen-komen yang dipadam.

Semasa Pas jadi kerajaan, kenapa tidak dihapuskan semua bentuk cukai GST dan SST kalau benar bercanggah dengan Islam?

Kerajaan perlu hasil untuk belanja pengurusan dan pembangunan negara. Selain menghukum haram, apa cadangan Pas untuk tambah pendapatan?

Apa sistem cukai yang Pas nak perkenal? Atau Pas rasa menambah hutang negara lebih baik?

Masa Pas jadi kerajaan pusat, budget defisit juga.

Kenapa tidak dihapus cukai-cukai di empat negeri Pas? Cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul. Itu semua tambah kos dan orang miskin pun kena bayar.

Ulama-ulama Pas ini bila jadi pembangkang, teori ekonomi hebat-hebat, bila jadi kerajaan, tak ada apa pun. Makan gaji buta pun ada.

Ini bekas ahli majlis syura Pas. Cara PAS keluarkan hukum sangat meragukan, terlalu boros dan simplistik.

Tiada ulasan: