"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia tarik diri Pesta Buku Frankfurt kerana penganjur pro-Israel

Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.

KPM memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.

Menurut KPM, keputusan itu juga selari pendirian kerajaan sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kedua-dua pihak kehilangan ribuan nyawa.

Tiada ulasan: