"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tunjuk isyarat ‘jari tengah’, ahli perniagaan tembak pelancong

Utusanonline
MANGSA sempat merakam gambar Geoffrey E. Hammond yang mengacukan pistol ke arahnya. - AGENSI
SALEM: Seorang ahli perniagaan kaya dipercayai mengamuk dan bertindak menembak seorang lelaki yang melawat pusat bandar Portland di Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian mengejutkan itu berlaku sejurus selepas Geoffrey E. Hammond, 46, membunuh seorang lagi lelaki dalam insiden amuk di jalan raya.

Lapor Daily Mail, Samuel Gomez, 48, sempat merakam gambar Hammond mengacukan pistol ke arahnya ketika mangsa melawat Rose City pada Rabu lalu.

Jelas laporan, ketika kejadian, mayat Ryan Martin, 47, turut ditemukan terbaring di atas jalan raya bersebelahan kereta milik Hammond.

Memetik laporan The Oregonian, Hammond dituduh membunuh Martin dalam kejadian amuk di bandar itu selepas mangsa keluar dari keretanya dan cuba bergaduh dengan suspek.

Berdasarkan laporan afidavit, kedua-dua lelaki berkenaan menunjukkan isyarat `jari tengah’ sesama mereka sebelum Martin keluar dari keretanya dan mengetuk tingkap kenderaan Hammond lalu terkena tembakan di bahagian dada.

“Hammond kemudian bertindak menembak Gomez yang mengunjungi bandar itu untuk menghadiri Persidangan Arkitek Kebangsaan.

“Peluru itu mengenai kaki Gomez dan melepasi sehingga tulang paha sebelah kaki lain patah,” jelas laporan.

Gomez dikejarkan ke Hospital OHSU untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kota Oregon itu terkenal dengan jenayah pembunuhan apabila merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 101 kes pembunuhan pada tahun lalu.

Dilaporkan, berdasarkan rekod mahkamah, Hammond memiliki sebuah kediaman mewah bernilai AS$890,000 (RM4.22 juta) di West Hills, Portland, kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes 2020 dan empat senjata api.

Tiada ulasan: