"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Pakar perubatan tradisional’ ditahan disyaki rogol

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang mendakwa dirinya pakar perubatan tradisional ditahan di Batu Berendam, Melaka kerana disyaki merogol dan mencabul seorang mangsa berusia 16 tahun.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah berkata mangsa dalam laporannya mendakwa dirogol beberapa kali, sejak Ogos lalu hingga bulan ini.

Sebelum kejadian pertama, suspek mendatangi premis perniagaan milik emak saudara mangsa dan mendakwa ia terkena sihir serta boleh membantu kerana dirinya pakar perubatan tradisional, katanya menurut Harian Metro.

Kejadian pertama berlaku apabila pengadu dibawa ke kawasan semak berdekatan pasar raya di Malim untuk ‘berubat’, tetapi mangsa tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa kerana ketakutan.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis semalam, dan kini sedang dirawat di hospital.

Lelaki itu, yang juga seorang jurulatih Muay Thai, ditahan di sebuah gelanggang pada 4.30 pagi, dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: