"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

18 maut, 35 cedera tanah runtuh di Colombia

Bernama-Sputnik
KAWASAN tanah runtuh antara Quibdo dan Medellin, Choco pada 12 Januari. FOTO AFP/Colombia's National Fire Department
KAWASAN tanah runtuh antara Quibdo dan Medellin, Choco pada 12 Januari. FOTO AFP/Colombia's National Fire Department
Moscow: Sekurang-kurangnya 18 maut dan 35 lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Choco barat Colombia, lapor Sputnik memetik laporan El Tiempo pada Sabtu.

Perkhidmatan kecemasan tempatan memaklumkan beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di jalan raya menghubungkan bandar Quibdo dan Medellin pada Jumaat.

Sebuah kediaman yang terletak berhampiran jalan turut musnah manakala kira-kira 50 orang dilaporkan terperangkap.

Kira-kira 25 mangsa yang cedera dihantar ke hospital di perbandaran El Carmen de Atrato di Jabatan Choco.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Tiada ulasan: