"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lagi kes rogol melibatkan anggota polis

Buat laporan polis, tapi dakwa Inspektor rogolnya

N Faizal Ghazali


Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor direman tujuh hari selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan, kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat, hari ini.

Suspek direman bermula hari ini sehingga Isnin depan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Ketika prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pegawai berusia 38 tahun itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: