"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja curi 14 tandan kelapa sawit sumbat dalam kereta Produa Kancil

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
Suspek curi buah sawit bersama kereta Produa Kancil, di tahan di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh. FOTO IHSAN POLIS
Suspek curi buah sawit bersama kereta Produa Kancil, di tahan di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh. FOTO IHSAN POLIS
Kuala Berang: Hajat seorang remaja 'merembat' 14 tandan kelapa sawit menggunakan Perodua Kancil tidak kesampaian apabila lelaki itu berjaya ditahan dalam kejadian pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek berusia 19 tahun diberkas kira-kira jam 8 pagi di kebun sawit di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh, dekat sini.

Menurutnya, selain tangkapan terhadap suspek, polis turut merampas 14 tandan kelapa sawit bersama kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu.

"Semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan suspek direman selama empat hari bermula Selasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan polis meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat jenayah ke balai polis berhampiran," katanya.

Tambahnya, tindakan remaja terbabit mencuri kelapa sawit berjaya dihidu pekebun sebelum ditahan dan diserahkan kepada anggota polis.

Tiada ulasan: