"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi baharu ditangkap curi barangan mewah

KOSMO!

BANGKOK –  Seorang penyanyi baharu ditahan oleh Polis Metropolitan Bangkok atas dakwaan mencuri barangan mewah bernilai lebih 2 juta baht (RM267,472), lapor laman berita Thaiger semalam.   

Penangkapan Thanandon Ramasutha, 29, dilakukan selepas polis menjalankan siasatan susulan berlakunya satu kes kecurian di rumah pengurus selebriti tersebut pada bulan ini.

Dia ditahan kelmarin di hadapan sebuah rumah di Bangkok.

Antara barangan yang didakwa dicuri adalah pakaian berjenama Balmain Paris dan Versace di samping sandal Hermes dan barangan lain bernilai lebih 2 juta baht.

Siasatan polis mendapati Thanandon disyaki menjual pakaian yang curi itu kepada sebuah kedai barangan terpakai.

Penyanyi tersebut didakwa berbuat demikian bagi membayar hutang judi. – AGENSI 

Tiada ulasan: