"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan tarik balik berita Najib bebas

Malaysiakini

Utusan Online menarik balik laporan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mendapat pengampunan diraja dan dibebaskan daripada penjara.

Dalam penjelasannya awal petang ini, Utusan berkata laporan itu ditarik balik susulan terdapat fakta yang tidak dapat disahkan.

“Oleh itu pihak kami memohon maaf kepada pembaca,” kata portal itu.

Terdahulu, memetik sumber, Utusan melaporkan Najib mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, semalam.

Tiada ulasan: