"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan

Utusanonline
PASANGAN pengantin berjalan berpegangan tangan dengan pakaian mereka dalam keadaan terbakar. - AGENSI
LONDON: Gara-gara mahukan kelainan dan keunikan dalam perkahwinan, sepasang pengantin sanggup membakar diri sendiri pada majlis perkahwinan mereka. 

Lapor portal Unilad, Gabe Jessop dan Ambyr Bambyr yang merupakan pelakon lagak ngeri sengaja berbuat demikian kerana mahu mengadakan konsep majlis perkahwinan yang unik.     

Rakaman video lagak ngeri berbahaya pasangan pengantin itu tular di media sosial.

Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat sedang berjalan berpegangan tangan dengan pakaian mereka dalam keadaan terbakar.

Aksi itu diperhatikan oleh ahli keluarga dan tetamu majlis yang hadir yang turut bertepuk tangan dan bersorak.  

Akaun pengguna Twitter bernama @Vicoseven berkongsi gambar lagak ngeri berkenaan.

Rakaman itu menerima pelbagai reaksi termasuk rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana rambut kedua-dua pengantin itu dapat bertahan dalam keadaan demikian.   

Ia bukan kali pertama pasangan pengantin berusaha untuk menjadikan majlis perkahwinan unik.

Sebelum ini, rancangan televisyen Britain, Don’t Tell The Bride menyiarkan banyak majlis perkahwinan yang berbeza dengan perkahwinan konvensional.

Ia termasuk satu episod yang mana pengantin perempuan terpaksa melakukan terjunan udara ke majlis perkahwinannya. 

Tiada ulasan: