"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes bunuh di Teluk Intan: Empat suspek termasuk warga asing ditahan

Kumaran Rajamoney
Seorang lelaki maut selepas parah akibat ditetak dalam kejadian pada 3 November lalu, di Taman Banjar Jaya, di sini. FOTO Ihsan PDRM

Seorang lelaki maut selepas parah akibat ditetak dalam kejadian pada 3 November lalu, di Taman Banjar Jaya, di sini. FOTO Ihsan PDRM
Teluk Intan: Polis menahan empat individu, termasuk dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Banjar Jaya, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian, berkata tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan yang ditahan semalam, manakala permohonan reman terhadap suspek itu dijangka dibuat pagi ini.

Beliau berkata, tiga lagi suspek yang ditahan pada awal pagi 4 November lalu terdiri seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga asing.

"Suspek pertama seorang wanita tempatan serta dua lelaki warga asing direman bermula 4 hingga 11 November ini.

"Seorang lagi suspek lelaki tempatan ditahan semalam dan permohonan reman akan dibuat pagi ini," katanya dalam perkembangan terbaharu siasatan kes itu.

Beliau berkata, suspek lelaki yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Dalam kejadian jam 3.53 petang pada 3 November lalu, seorang lelaki dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai di sekitar Teluk Intan.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan parang dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: