Harapandaily
Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilihat menjadikan pentas majlis sempena 39 tahun tragedi Memali baru-baru ini sebagai ruang memaki Perdana Menteri.
Walhal, ayahnya iaitu Taib Azamudden Md Taib yang pernah menjadi Imam Masjid Negara difahamkan merupakan bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam giliran ceramahnya di Madrasah Islahiah Diniah di Kampung Memali di Baling, Afnan antara lain mengecam sambutan dua tahun Kerajaan Madani.
“Dia ada kuasa dia boleh buat. Panggil orang berhimpun,” katanya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.
Malah, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah itu juga mengajuk gaya dan suara Anwar semasa berucap.
Afnan turut menyindir Perdana Menteri dengan menyebut perkataan dalam loghat utara untuk dimasukkan dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Mengulas
Mengulas pengisian ceramah pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan, warga maya mengecam tindakan memanipulasi peristiwa berdarah Memali yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu.
Antaranya, TikTokers Wan Hadi yang menegaskan bahawa program itu sepatutnya jadi ruang pencerahan kepada rakyat terutamanya anak muda yang baru kenal dunia dan kenal politik ini.
Beliau menyelar sikap Afnan yang menghina dan menyerang Perdana Menteri yang ketika peristiwa itu sebagai Menteri Pertanian.
“Cerita pada mereka apa yang sebenarnya berlaku pada 1985 dulu, siapa yang terlibat, kenapa boleh berlaku, siapa Ustaz Ibrahim Libya.
“Macam mana Tun Dr Mahathir boleh arahkan polis untuk tangkap Ustaz Ibrahim. Apa yang berlaku?
“Cerita pada rakyat. Mana yang betul. Tun Dr Mahathir kata mangsa-mangsa Memali itu mati katak tapi Presiden Pas sebut mati syahid. Cerita pada rakyat.
“Beri pencerahan. Beritahu rakyat mana satu yang betul,” tegas Wan Hadi lagi.
Untuk rekod, peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 mengorbankan empat anggota polis dan 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Allahyarham Ibrahim Libya pernah bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1978, beliau bertanding atas tiket Pas tetapi kalah bagi kerusi Bayu-Baling yang kini dalam Parlimen Baling.
Tragedi Memali pernah didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berpunca daripada ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 1981.
Malah, Tun Mahathir juga mendakwa, ‘Amanat Haji Hadi’ menjadi punca berlakunya peristiwa hitam terbabit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan