"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hah apa ni? Pas tuntut tiga jawatan menteri jika Zahid bekerjasama tubuh kerajaan baharu

Harapandaily

Meskipun pembangkang menafikan usaha mereka untuk membentuk kerajaan, namun maklumat mengenai barisan Jemaah Menteri yang akan diketengahkan bocor juga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pendedahan bahawa ada usaha untuk mengeluarkan BN daripada kerajaan perpaduan.

Tawaran pembangkang adalah untuk menobatkan Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut. Perikatan Nasional juga telah menafikan bahawa mereka membuat tawaran tersebut.

Menurut pemerhati politik Liyana Marzuki, pembangkang mahu menamakan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Samsuri ialah naib pengerusi Pas.

Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dari Bersatu pula akan menjadi Menteri Kewangan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) akan kembali ke Kementerian Dalam Negeri. Hamzah ialah timbalan presiden Bersatu.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang juga naib presiden Bersatu akan mengambil alih Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula akan dinamakan untuk portfolio agama Islam.

Tiada ulasan: