"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS tuntut jawatan Hamzah

Malaysiakini 

Pemuda PAS mencadangkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang baru.

Ketua pergerakan itu Afnan Hamimi Taib mencadangkan perkara itu memandangkan Hamzah Zainuddin (atas) diberi mandat baru sebagai timbalan presiden Bersatu. 

“Cadangan ini adalah sesuai dengan pengalaman dan senioriti YB Datuk Seri Takiyuddin di dalam Perikatan Nasional, lebih-lebih lagi beliau sebelum ini adalah merupakan timbalan setiausaha agung Perikatan Nasional,” katanya.

Dalam pemilihan Bersatu baru-baru ini, Hamzah memang tanpa bertanding bagi jawatan nombor dua parti menggantikan Faizal Azumu yang bertanding jawatan lebih rendah (naib presiden).

Keputusan itu sebahagian daripada rundingan dalaman Bersatu bagi mengelakkan perpecahan.

Tiada ulasan: