"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buruh mengaku salah bakar rumah ibadat, dijel 4 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang buruh dihukum penjara empat tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku bersalah membakar sebuah rumah ibadat di Tangkak, Johor pada Julai lalu.

Tertuduh Muhammad Nizam A Rahman, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, lapor Harian Metro.

Nariman turut mengarahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Nizam didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api yang menyebabkan kebinasaan terhadap sebuah rumah ibadat, di Kebun Baru, Tangkak, pada jam 3.30 pagi, 15 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilaporkan membawa diesel dari rumahnya tidak jauh dari lokasi lalu menyimbah ke arah rumah ibadat terbabit sebelum membakarnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ariff Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan: