"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Maut, motosikal terlanggar pokok kelapa tumbang

WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Keadaan motosikal Honda Wave yang terlanggar sebatang pokok kelapa tumbang di Kampung Apal, Besut hari ini.
BESUT – Seorang buruh maut selepas motosikal dinaikinya gagal mengelak sebatang pokok kelapa yang tumbang merentangi jalan di Kampung Apal di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Syukri dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati sewaktu mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja, sebatang pokok kelapa tiba-tiba tumbang di hadapannya.
5g Final5g Final

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave gagal mengelak lalu merempuh pokok kelapa terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Muhammad Syukri mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Beliau berkata, mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: