"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru ditahan miliki ganja bernilai RM6,300

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Seorang guru sebuah sekolah menengah ditahan polis dan dadah jenis ganja bernilai RM6,300 dirampas dalam serbuan di Damansara Damai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan polis, kira-kira 6.45 petang.

"Hasil pemeriksaan menjumpai dadah disyaki ganja anggaran berat 210 gram bernilai RM6,300.

"Siasatan awal, kesemua dadah dirampas itu dipercayai untuk kegunaannya sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, semakan mendapati suspek bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 1 Disember untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat sehingga 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: