"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bomba tak sengaja rakam imej wajah seram bertaring

MIR AZRI SHAHARUDIN
GAMBAR wajah seram yang dirakamkan di Kuningan. - Foto Istimewa
JAKARTA – Satu wajah yang menyeramkan dan bertaring dirakam oleh anggota bomba ketika operasi menghapuskan sarang penyengat dilakukan di Kuningan, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Detik Jabar semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Ciputat pada malam Sabtu lalu.

Seorang anggota bomba, Yayan Sofyan secara tidak sengaja merakam wajah seram tersebut ketika dia mahu membuat laporan kepada ketuanya tentang tugasan itu.

Yayan hanya menyedari dia merakam gambar tersebut selepas pulang semula ke balai bomba bersama rakan-rakan sekerjanya.

“Semasa saya sedang memilih gambar yang akan dihantar (kepada ketuanya), ternyata ada salah satu foto yang kelihatan aneh. Ketika saya membesarkan gambar itu, saya dapat melihat penampakan (makhluk) tersebut,” kata Yayan.

Sementara itu, rakan sekerjanya, Gugum Gumelar berkata, ramai orang mendakwa bahawa makhluk itu ialah genderuwo, namun dia tidak mempedulikannya kerana lebih mementingkan tugas kepada masyarakat.

Genderuwo menurut mitos Jawa adalah sejenis bangsa jin atau makhluk halus mirip kera. – AGENSI

Tiada ulasan: