"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Mangsa banjir cecah 54,350

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 54,350 orang sehingga jam 10 malam ini.

Kesemua mangsa membabitkan 16,892 keluarga itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara (PPS).

Susulan hujan lebat berterusan, kesemua 10 daerah di Kelantan dilanda banjir dengan Gua Musang menjadi daerah terbaru dilanda banjir hari ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 19,690 orang dan Tumpat merekodkan 8,434 mangsa.

Sementara itu, Kuala Krai merekodkan 5,226 mangsa diikutii Kota Bharu 4,553 mangsa, Pasir Puteh 4,645 mangsa, Tanah Merah 4,322 mangsa, Machang 4,117.

Selain itu, Bachok mencatatkan 2,523 mangsa dan Jeli 794 mangsa serta Gua Musang 46 mangsa.

Tiada ulasan: