"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN bergolak lagi?

Harapandaily

Perikatan Nasional (PN) bergolak kembali susulan pelantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai setiausaha PN.

Azmin telah menerima pelantikan sebagai setiausaha Bersatu dan PN dan ini menimbulkan kegusaran kepada Pas, menurut sumber dalam Bersatu, lapor FMT.

Ini kerana pelantikan sebagai setiausaha agung PN dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin tanpa berunding dengan komponen PN.

Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini dibuat selepas berunding dengan parti komponen.

Sebelum ini Pemuda Pas telah mencadangkan agar jawatan setiausaha PN diberikan kepada setiausaha agung Pas Datuk Takiyuddin Hasan

Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden berpendapat bahawa Takiyuddin lebih sesuai sebagai setiausaha agung PN kerana kedudukannya sebagai timbalan setiausaha agung PN.

Ini bukan kali pertama PN bergolak.

Sebelum ini, ia timbul apabila mantan timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan Muhyiddin sebagai calon PM tunggal untuk PN.

Ia disambut oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang menyatakan Pas lebih sesuai memimpin PN.

Tiada ulasan: