KOSMO
Dua ekor kambing yang ditahan di dalam kereta polis di Kent, Washington. - Instagram
WASHINGTON – Dua ekor kambing ditahan polis selepas menyerang dan mengejar pejalan kaki di bandar Kent, Washington, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.
Menerusi catatan di media sosial, Jabatan Polis Kent berkata: “Sepasang kambing itu dikesan di utara Kent dan ia ditahan kerana tingkah laku yang buruk.
“Kami tidak pasti dari mana kambing-kambing itu datang, tetapi ia mungkin berasa seronok mengejar orang.
“Jangan salah sangka, ia sangat comel. Namun, mengejar orang adalah satu kesalahan,” tambah jabatan itu.
Kambing-kambing tersebut dihantar ke Tempat Perlindungan Haiwan King, manakala polis kini sedang mencari pemiliknya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan