"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin: Perbetul salah tafsir tentang PAS demi tarik undi bukan Melayu

Anne Muhammad

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata salah tafsir mengenai PAS perlu diperbetul.
PETALING JAYA: Salah tafsir mengenai PAS perlu diperbetul dalam usaha menarik undi bukan Melayu, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, beliau turut memuji usaha Gerakan mengusulkan deklarasi bukan Melayu bagi mengurangkan tekanan komuniti itu untuk memilih PN pada PRU16.

Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dibuat namun menegaskan tidak semua pandangan dikemukakan pemimpin PAS sehingga menimbulkan salah tafsiran adalah pendirian parti itu.

“Bila tanya ketua (presiden) PAS itu bukan pendirian kami, itu pendirian individu sebab mereka (PAS) dah pernah ada dalam kerajaan, dalam Kabinet yang ada pelbagai bangsa, kaum…kena fikir bagaimana kerajaan berfungsi.

Muhyiddin Yassin berkata pandangan Gerakan seharusnya diambil kira jika tidak ‘kita buat sesuka hati tanpa ada semak imbang’.
“Kita tak boleh buat sesuka hati, maknanya PN akan jadi kerajaan yang akan membawa suara rakyat dari segenap latar belakang. Kita akan buktikan dan lakukan yang terbaik,” katanya dalam temu bual FMT.

Muhyiddin mengulas usaha dilakukan PN dalam menarik sokongan bukan Melayu dan deklarasi diusulkan Gerakan.

Pada 17 Nov lalu, Presiden Gerakan Dominic Lau gesa PN mewujudkan deklarasi itu, yang menurutnya ketika ini ada bukan Melayu dan Islam bimbang dan takut terhadap PAS, iaitu blok parti Melayu terbesar dalam gabungan tersebut serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada keperluan PN mewujudkan deklarasi untuk bukan Melayu.

Katanya, Gerakan tidak perlu takut dengan ‘bayang-bayang sendiri’ dan menyalahkan PAS kerana tidak dapat sokongan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pandangan Gerakan seharusnya diambil kira jika tidak ‘kita buat sesuka hati tanpa ada semak imbang’.

“Tapi (pandangan itu) kena munasabah, dia buat tuntutan tu bukan melampau. Bagi saya tak apa. Pokoknya musyawarah, bincang bukan buat satu keputusan sahaja. Mari duduk bincang.

“Kerana akhirnya sebagai gabungan parti politik kita harapkan dapat sokongan besar. Kerana setiap kerusi yang ada dia ada berbeza peratusan undi…tapi memang betul usaha mesti kuat,” katanya.

Ditanya jika PN gagal mendapatkan undi bukan Melayu pada PRU16 adakah gabungan itu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan, Muhyiddin berkata pihaknya berbalik kepada formula PRU15 iaitu menjalinkan kerjasama dengan parti lain tanpa menggadaikan prinsip gabungan.

“Kalau kita nak bentuk gabungan, parti kena lihat kerana DAP sejak dulu kita tak boleh kerjasama. Kamu tak perlu tanya saya kenapa, baik ideologi, apa yang dipersoalkan dalam Perlembagaan seperti Islam, hak Melayu, soal papan tanda pun jadi isu. Itukah Malaysia yang kita mahu?

“Kita bukan soal nak kuasa sahaja, kalau nak kuasa sahaja apa pandangan rakyat terhadap kita,” katanya.

Tiada ulasan: