"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir di Kelantan, mangsa banjir meningkat, Pasir Mas paling teruk

Harapandaily

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat setakat jam 11 malam ini dengan data terbaru membabitkan 55,354 orang.

Kesemua mangsa membabitkan 17,344  keluarga ditempatkan di 220 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini kesemua 10 daerah dilanda banjir dengan yang terbaru kawasan terjejas adalah di Gua Musang. Buat masa ini baru 1 PPS sahaja dibuka yang menempatkan 12 keluarga di Gua Musang.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 20,234 orang, meningkat dalam tempoh sejam sejak 10 malam tadi.

Tumpat merekodkan 8,434 mangsa membabitkan 2,583 keluarga.

Tanah Merah, 4,322 mangsa; Kuala Krai 5,253 mangsa; Bachok 2,817 mangsa; Pasir Puteh 4,779 mangsa; Kota Bharu 4,553; Machang 4,117 mangsa; Jeli 799 mangsa; dan Gua Musang 46 mangsa.

Tiada ulasan: