"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Laluan ditenggelami air 2 meter, jenazah di bawa ke kubur naik bot

Hazira Ahmad Zaidi
bhnews@bh.com.my
Anggota APM membantu membawa jenazah warga emas selepas laluan ke tanah perkuburan ditenggelami air sedalam dua meter. - Foto ihsan APM
Anggota APM membantu membawa jenazah warga emas selepas laluan ke tanah perkuburan ditenggelami air sedalam dua meter. - Foto ihsan APM
KUALA KRAI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan bot untuk membawa jenazah seorang warga emas selepas laluan ke kubur ditenggelami air sedalam dua meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapt (PA) Abd Fatah Abd Aziz, berkata Faizah Ismail, 74, meninggal dunia di rumahnya akibat strok dan sakit tua.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.26 tengah hari daripada Penghulu Mukim Batu Jong bagi bantuan membawa jenazah dari Taman Sri Nal ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Batu Jong.

"Seramai 10 anggota bergegas ke lokasi dan tiba di rumah arwah pada pada jam 2.15 petang.

"Laluan dari rumah arwah ke tanah perkuburan sejauh lima kilometer dinaiki air sedalam dua meter menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan penyelamat tiba di tanah perkuburan pada jam 2.30 petang dan membantu pengurusan pengebumian jenazah.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang," katanya.

Tiada ulasan: