"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Telefon Prabowo diintip, Indonesia kerah 20,000 askar ke Jakarta

KOSMO!
ASKAR Indonesia berkumpul di Dataran Merdeka, Jakarta pada 1 September 2025. – AFP
JAKARTA – Tentera Indonesia mengerahkan lebih 20,000 askar  dan kakitangan sokongan ke Jakarta, kata pihak berkuasa semalam seperti dipetik saluran berita CNA 

Kerahan dibuat ketika pihak berkuasa menyiasat operasi pengintipan haram telefon menyasarkan Presiden Prabowo Subianto, membawa kepada penangkapan dua pegawai kanan polis dan bekas ketua polis.

Antara yang terbabit dalam skandal itu ialah bekas ketua polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo yang dipecat sebagai Ketua Staf Presiden semalam,  hanya sebulan selepas pelantikannya.

Leftenan Kolonel Tentera Darat,  Ariyo Windutomo yang mengetuai  Sekretariat Presiden dilantik pemangku Ketua Staf Presiden berikutan pemecatan Listyo.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum mengesahkan sama ada kerahan  tentera di Jakarta mempunyai kaitan dengan siasatan skandal tersebut.

Jurucakap angkatan tentera Indonesia, Muhammad Nas berkata, pergerakan tentera itu prosedur standard bagi mengekalkan keselamatan negara dan integriti wilayah.

Sementara itu, pembantu operasi tentera laut,  Yayan Sofiyan enggan mengulas lanjut mengenai tujuan kerahan atau menjawab soalan wartawan mengenai wujud kebimbangan keselamatan atau ketegangan politik di Jakarta.

Fasa pertama kerahan tentera bermula  Isnin lalu dengan seramai  2,100 askar  ditempatkan di Jakarta.

“Tentera dari luar ibu kota pula mulai tiba semalam, menjadikan jumlah keseluruhan anggota  terlibat seramai  20,980 orang,” kata  Yayan. – AGENSI 

Tiada ulasan: