FMT Reporters
PETALING JAYA: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung dan tersangkut pada tali pelampung pukat di Sungai Kuantan dekat Jalan Besar hari ini.
Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita dianggarkan berusia 30an itu daripada orang awam pada 12.38 tengah hari.
Menurutnya, mayat wanita itu berbaju merah dan memakai seluar pendek putih bercorak hitam, lapor Bernama.
Beliau menambah, pemeriksaan pada mayat itu menemukan kesan calar berdarah pada dahi, namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan