"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota APMM maut, 2 warga Thailand didakwa esok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua warga Thailand akan didakwa di Mahkamah Kangar esok susulan pelanggaran bot yang menyebabkan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut ketika operasi penguatkuasaan, pada 26 Okt.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kedah dan Perlis, Mohamad Shukri Khotob, berkata dua lelaki dipercayai tekong bot itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Kedua-dua OKT (Orang Kena Tuduh) warga Thailand itu akan dituduh esok pagi di Mahkamah Kangar pada 9 pagi,” katanya kepada Bernama.

Pada 27 Okt, media melaporkan Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, meninggal dunia, manakala tiga lagi anggota cedera dalam insiden pelanggaran bot semasa operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Kuala Perlis.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Romli Mustafa dipetik sebagai berkata, insiden itu berlaku ketika operasi dijalankan lima anggota APMM bagi menahan sebuah bot disyaki membawa pendatang tanpa izin, di Kuala Sungai Padang pada 11.37 malam, 26 Okt.

Romli berkata, bot disyaki membawa pendatang asing itu dipercayai bertindak menghimpit bot samaran APMM, sehingga menyebabkan bot samaran itu berlanggar dengan struktur konkrit berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sungai Padang, sehingga tiga anggota APMM termasuk Roshaimi tercampak ke laut.

Tiada ulasan: