"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Reman Pemandu Van Rogol Murid Dilanjut Enam Hari Lagi

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis dalam tempoh itu, akan menyiasat penglibatan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu.

"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan, katanya.

"Polis percaya ada lagi mangsa lain terlibat dalam kegiatan tidak bermoral pemandu van terbabit," katanya sambil menambah modus operandi lelaki terbabit adalah merogol mangsa di dalam vannya.

-mstar-

Tiada ulasan: