"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Brutus Di Selangor Dalam PKR Atau PAS ?

Anak Sengat

Nampaknya kerajaan Selangor sekali lagi menghadapi masalah yang bertimpa. Kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor agak dicemburui. Sebagai pemimpin yang muncul tiba tiba tentu sekali kejayaan Khalid sebagai Menteri Besar dicemburui kawan dan lawan. Bagi musuh, kejayaan Khalid memimpin Selangor sebagai negeri maju dan makmur pastinya menyukarkan usaha merampas Selangor.

Tan Sri Khalid juga berhadapan dengan rakan dalam partinya yang merasakan Khalid tidak layak menduduki kerusi itu kerana Khalid tidak pernah susah bersama mereka memperjuangkan DSAI. Telah banyak kedengaran kecemburuan dalaman yang turut menjejaskan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid. Atas apa alasan pun mereka yang mengkhianati kepimpinan Menteri Besar itu beerti mengkhianati amanah rakyat Selangor.

Sewajarnya mereka meletakkan kepercayaan dan memberi peluang Khalid membuktikan kepimpinannya. Sebagai orang perniagaan, tentunya keutamaan Khalid ialah kejayaan dan kemakmuran ekonomi Selangor yang telah dibuktikan kini. Inilah masalah PKR di Selangor.

PAS di Selangor juga menghadapi situasi yang sama. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang baru dalam PKR, Hasan Ali juga mungkin boleh dianggap orang baru dalam PAS. Walaupun Hasan Ali jauh lebih lama berkecimpung dalam politik, tetapi berbanding beberapa orang lama dalam PAS Selangor.... perbandingan sama seperti beberapa pemimpin PKR jika dibanding dengan Tan Sri Khalid.

Inilah masalah yang dihadapi kedua parti yang dipimpin oleh dua orang pemimpin baru yang juah lebih berpotensi. Khalid dan Hasan mungkin lebih menjiwai perjuangan parti mereka yang menarik kepercayaan pemimpin utama kedua dua parti. bagi orang lama yang rasa mereka lebih berjasa, apatah lagi merasakan mereka telah diuji, tentu tidak selesa dengan situasi dipimpin orang baru.

Sebagai mana sejarah manusia, Iblis cemburu kepada Adam menjadi khalifah yang perlu dihormati sedangkan Iblis lebih awal dicipta, iblis merasakan ia punya banyak kelebihan... semuanya bertitik tolak dari sombong dan bangga diri... Kalau Iblis boleh ditimpa penyakit sebegitu, apa pelik dengan beberapa "orang lama " dalam PAS dan PKR.

Sebagaimana Tan Sri Khalid terus menerus diserang atas alasan sayangkan Selangor atau PKR, maka Hasan Ali juga terus menerus ditekan atas alasan sayangkan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika ada yang menamakan duri dalam daging kerajaan Selangor atau PKR sebagai Brutus,
baca tidak salah rasanya saya juga menamakan orang yang berterussa mencari peluang menjatuhkan Hasan Ali dalam PAS Selangor sebagai Brutus....

http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan: