"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal PKFZ: Lebih Banyak "Ikan Besar" Masuk Jala?

FreeMalaysiaToday
PETALING JAYA: Para pemimpin pembangkang hari ini mengalu-alukan keputusan untuk mendakwa bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tony Pua dari DAP menjangka lebih banyak "ikan besar" akan didakwa di mahkamah.

Bagus…..melihat Peguam Negara mendakwa ikan besar. Ini merupakan kes rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia dan menandakan lebih banyak ikan besar akan masuk jala," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan ketua ekonomis parti itu.

Beliau berkata, pendakwaan kali ini nampak lebih kompeten, terutama apabila pendakwaan selama ini dilakukan dengan cara tidak senonoh atau gagal.

Semalam, Ling bekas menteri pengangkutan, didakwa dengan duatuduhan menipu berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu, yang berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan tersebut.

Sementara itu, Tony Pua yang memberitahu bahawa tokoh berprofil tinggi yang lain turut terlibat berkata, "Ling tidak boleh bertindak seorang diri."

Ditanya sama ada beliau menjangka mendapat berita itu, beliau berkata, "tidak…… sesuatu yang memeranjatkan dan tanda pendakwaan yang positif."

Beliau juga bersetuju apabila ditanya jika perkembangan terbaru ini sebagai tanda pilihan raya umum (PRU) menjelang tiba.

"Kamu meneka soalan yang tepat, tahniah," katanya, tanpa mengulas lebih lanjut.

Pekung di dada Umno-MCA

DrDzulkeflyAhmadSementara itu, pegawai penyelidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang mengalu-alukan tindakan mendakwa Ling bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa peristiwa tidak memberi kesan terhadap PRU akan datang.

"Jika Najib berfikir dengan membawa Ling ke muka pengadilan akan menambah sokongan terhadap beliau dan Barisan Nasional, beliau juga perlu diingatkan tentang pembaziran yang beliau bawa selama ini," katanya.

"Beliau boleh memanggil PRU secepat mungkin jika beliau yakin dengan ilusinya," tambah beliau.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perbicaraan Ling boleh membuka lebih banyak pekung dalam parti pemerintah.

"Kita harus ingat bahawa PKFZ adalah projek Umno-MCA. Dengan mendakwa beliau, beliau akan mendedahkan lebih banyak perlakuan rasuah dalam kerajaan Barisan Nasional.

"Semua yang terlibat tidak harus dibiar lepas bebas. Ini merupakan satu permulaan yang baik," terang beliau.

Dalam reaksi spontan, Naib Presiden PKR Azmin Ali juga mengalu-lukan langkah ini berkata, bagaimanapun bahawa Ling seharusnya diberi perbicaraan yang adil bagi membela dirinya.

"Namun secara prinsip, kita ingin melihat tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, tanpa pilih kasih atau takut, untuk melindungi hak orang awam," katanya kepada FMT.

Walaupun langkah terbaru telah menimbulkan spekulasi bahawa Ling dijadikan "kambing hitam", Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Ling adalah watak utama dalam skandal ini."

"Beliau bukan dijadikan kambing hitam. Malahan, sebelum beliau berundur dari kementerian berkenaan beliau menandatangani surat sokongan untuk projek ini, yang digunakan sebagai cagaran oleh kerajaan.

"Saya fikir beliau harus bertanggungjawab dalam soal ini kerana sebagai menteri kabinet, beliau mewakili kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan untuk membuat spekulasi berapa banyak lagi "ikan besar" akan didakwa di mahkamah berhubung skandal melibatkan berbilion ringgit ini.

"Kami tidak mahu membuat spekulasi tapi penyiasatan sebelum ini telah mengambil masa yang lama dan saya pasti kamar Peguam Negara akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Azmin.

Kepentingan awam harus dilindungi

200905251655OngTeeKeat-MCASementara itu, Ong Tee Keat yang juga bekas presiden MCA berkata tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang walaupun melibatkan ahli parti yang senior seperti Ling.

"Undang-undang mesti dijunjung dan tiada sesiapa di atas undang-undang," katanya, menambah, bagaimanapun beliau tidak berminat dengan personaliti seseorang.

"Harapan saya ialah kepentingan orang ramai, terutama para pembayar cukai, dilindungi," beliau memberitahu para pemberita selepas berucap di Persidangan Undang-Undang Malaysia ke 15, di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan ini (untuk mendakwa Ling) sebagai berani dan proaktif tetapi berkata, Ling dan pihak pendakwaan harus diberi peluang di mahkamah.

"(Tetapi) persoalan tentang bayaran bon perlu dijawab," katanya dalam Twitter.

Skandal PKFZ: Lebih Banyak "Ikan Besar" Masuk Jala?

Tiada ulasan: