"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ariel miliki 32 video seks?

JAKARTA: Kebenaran dakwaan bahawa Ariel sebenarnya memiliki 32 rakaman aksi seksnya hanya akan diketahui apabila vokalis kumpulan Peterpan itu dibicarakan tidak lama lagi.

Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto Soeto, berkata pihak berkuasa enggan memberi pengesahan atau komen terhadap dakwaan berkenaan.

“Lebih baik kita tunggu perbicaraan.

“Jika isu itu nanti ada ditimbulkan, maka cerita itu memang benar dan jika sebaliknya, maka dakwaan itu tidak benar,” katanya kepada media semalam.

Ariel yang popular dengan lagu Ada Apa Denganmu bersama Peterpan masih terkurung dalam lokap polis di Jakarta kerana menjadi suspek dalam aksi seks bersama kekasihnya, Luna Maya dan Cut Tari.

Kedua-dua wanita itu adalah personaliti televisyen terkenal Indonesia dan belum disahkan akan diheret ke muka pengadilan bersama Ariel.

Luna Maya dikehendaki melaporkan diri kepada polis dari semasa ke semasa kerana tidak memberikan kerjasama sepatutnya ketika disoal siasat pihak berkuasa.

Turut ditahan adalah penyunting muzik yang juga teman karib Ariel, Rejoy (RJ), yang dipercayai dalang terawal mencuri rakaman seks berkenaan dari komputer riba penyanyi terbabit sebelum ia tersebar dengan meluas.

Ketika kes itu baru didedahkan, ada pihak tertentu mendakwa rakaman ranjang Ariel itu sebenarnya tidak terhad kepada Luna Maya dan Cut Tari.

Sejumlah nama - termasuk penyanyi dan pelakon terkenal - turut dikaitkan sebagai teman pemuas nafsu Ariel.

Sementara itu, Marwoto berkata, pihak pendakwa masih dalam proses menyiapkan pertuduhan terhadap Ariel.

Katanya, kemungkinan besar penyanyi itu akan didakwa dalam tempoh lapan hari. “Mudah-mudahan siasatan dapat disiapkan segera dan tiada lagi kerumitan baru kepada polis akibat penangkapan individu lain,” katanya.
-Agensi-

Tiada ulasan: