"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebakaran Hayatul Uloom, Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000

Keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat tidak dapat disangkal lagi.

Ia semakin ketara apabila Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM100,000 kepada pusat Pengajian Hayatul Uloom, Batu 14 Hulu Langat bagi membina semula asrama pusat pengajian yang musnah dalam kebakaran 25 Julai lalu.

Walaupun kerajaan Selangor berdepan pelbagai sekatan peruntukan daripada kerajaan Pusat, namun, nilai sumbangan kepada pusat pengajian itu lebih tinggi berbanding bantuan yang disampaikan Perdana Menteri, sebelum ini.

Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu, menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Jailani Ngah.

Dr Halimah Ali, Exco pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan bersama-sama Pejabat Daerah Hulu Langat, berkunjung ke tapak pengajian itu untuk menyerahkan sumbangan berkenaan.

Adun Selat Klang itu bersimpati atas tragedi berkenaan dan pihaknya sudah memastikan kerja pembinaan semula dilakukan segera dengan memaklumkan masalah itu kepada pimpinan kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat selama ini sentiasa menitik berat soal pendidikan dan modal insan, malah menyediakan peruntukan rm6 juta untuk sekolah agama manakala rm4 juta sekolah jenis india dan cina.

"Allhamdulillah, kerajaan negeri memperuntukan RM100,000 untuk membantu baik pulih kerana kita memandangkan sekolah ini baik dan memang patut dibantu," katanya.

Dr Halimah turut bersimpati kerana kebakaran berkenaan meragut nyawa seorang penuntut iaitu Abdul Rahman Rosmani dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu.

"Kita kesal kerana ada kehilangan jiwa pelajar sekolah ini dan mengharapkan bantuan teknikal daripada JKR untuk kegunaan semua pelajar," katanya.

"Kita juga mahu kontraktor yang terbaik supaya kualiti, kos dan aspek keselamatan keselamatan terjamin dan memastikan sekolah ini dibangunkan dengan cara yang terbaik," katanya lagi.

Berterima kasih dengan bantuan kerajaan negeri atas segala sumbangan, Pengetua Pusat Pengajian Hayatol Uloom, Dr Shahril pula berharap, kejadian ini tidak mematahkan semangat penuntut lain.

Beliau juga menganggap keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kunjungan Dr Halimah memberi semangat kepada beliau dan pelajar untuk terus mendepani segala bentuk cabaran dalam memartabat ilmu agama.

"Bagi pihak pengajian hayatul uloom, kami mengucapkan banyak berterima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin terhadap nasib kami. Kami juga terharu dengan sumbangan," katanya.

Tiada ulasan: