"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu sokong Ismail Sabri sebagai PM, Hamzah jadi TPM

Kow Gah Chie

Semua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru.

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith berkata, bahawa kepimpinan parti sebelum ini memutuskan bahawa presiden akan memutuskan pilihan perdana menteri bagi pihak ahli parlimen.

"Kami semua setuju bahawa kita akan menyokong Ismail Sabri. Itulah arahan yang diberikan oleh presiden kepada kami," kata Eddin, yang adalah anggota parlimen Kuala Pilah.

Semua ahli parlimen mempunyai waktu sehingga jam 4 petang hari ini untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai perdana menteri kesembilan. Muhyiddin melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu susulan penarikan sokongan daripada 15 ahli parlimen Umno.

Malam semalam, ahli parlimen Umno memutuskan bahawa mereka akan menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri.

Eddin berkata, bahawa selain pemilihan perdana menteri, dia tidak tahu tentang tajuk perbincangan lain seperti pembentukan kabinet baru.

Mengenai siapa yang akan menjadi timbalan perdana menteri, Eddin berkata dia difahamkan bahawa Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin kemungkinan calon berkenaan.

"Ini berdasarkan hierarki. Hamzah adalah setiausaha agung kami," katanya.

Hamzah dalam kenyataan berasinga, bagaimanapun, mengatakan bahawa parti itu akan membincangkan nama calon calon perdana menteri dari kalangan parti komponen Perikatan Nasional.

Umno bukan komponen gabungan PN tetapi ia adalah sebahagian daripada pentadbiran PN.

Sementara itu, mengenai jika anggota dewan tertinggi Bersatu Azmin Ali - tokoh utama dalam "Langkah Sheraton" yang mengakibatkan terkuburnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 - akan dilantik sebagai menteri, Eddin berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Menurutnya, dia percaya bahawa Azmin dan pengikutnya dari PKR akan berpegang kepada keputusan parti itu untuk membenarkan Muhyiddin untuk membuat sebarang keputusan muktamad mengenai rundingan dengan anggota gabungan parti lain.

Ini kerana dinamika gabungan sekarang berbeza dengan era Perikatan Nasional.

"Ini mungkin 'BN plus'. Sekarang BN dan PN. Lebih besar," katanya.

Tiada ulasan: