"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuan Ibrahim: SD Ahli Parlimen PAS sedia diserah kepada Agong

FMT Reporters

PETALING JAYA: PAS sudah bersedia dengan akuan berkanun (SD) semua Ahli Parlimennya untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dalam pertemuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan semua ketua parti politik hari ini, Agong menjelaskan proses pelantikan perdana menteri akan dilaksanakan menerusi SD setiap Ahli Parlimen.

“SD perlu diserahkan sebelum 4 petang esok. Pengesahan oleh setiap Ahli Parlimen akan diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyeru semua pihak kekal bertenang dan PAS yakin dengan kebijaksanaan Agong mampu mengakhiri kemelut politik ketika ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS menyambut baik titah baginda agar keutamaan diberikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara sehingga pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan.

Tuanku menitahkan kerjasama semua pemimpin parti agar mewujudkan keharmonian, ketenteraman dan memfokuskan isu kesihatan, ancaman Covid-19, keadaan ekonomi rakyat serta negara.

Petang tadi, Tuan Ibrahim bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menghadap Agong serta Sultan Nazrin Shah di Istana Negara selama dua jam.

Anwar dilaporkan berkata, isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan perdana menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

Katanya, semua ketua parti itu bersepakat menghentikan “politik lama” dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Tiada ulasan: