"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

120 penentang Mahiaddin perlu duduk dan bincang untuk pilih PM baharu

MOHD ALI HASHIM

Jingga 13 Malaysia merayu dan memohon agar isu pelantikan Perdana Menteri (PM) dan pembentukan kerajaan baharu tidak dipolemik dan dipolitikkan kerana dibimbangi rakyat dan negara akan turut menjadi korban.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa (gambar) dalam satu kenyataan beliau menyatakan Jingga 13 Malaysia merayu dan memohon kesemua 120 Ahli Parlimen yang menentang Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan kerajaan PN supaya membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Kata beliau, seperti sedia maklum kegagalan kerajaan PN dalam menangani pandemik Covid-19 meletakkan negara dan rakyat dalam situasi yang amat tertekan ekoran ekonomi yang merudum serta jumlah jangkitan Covid-19 yang senantiasa mencanak naik sehingga melewati 21,668 kes.

“Jingga 13 Malaysia berdiri teguh menyokong Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia dan beliau merupakan calon yang terbaik bagi memimpin negara tatkala ini.

“Anwar mampu untuk mengembalikan negara ke landasan yang sewajarnya dengan dokongan semua Ahli Parlimen.

“Sejajar dengan itu, Jingga 13 Malaysia merayu kepada semua Ahli Parlimen yang menentang Mahiaddin dan kerajaan PN supaya melunaskan tanggungjawab demi negara serta rakyat yang amat mengharapkan pembaharuan dapat direalisasikan dengan segera,” ujar Fariz.

Tiada ulasan: